Pengetua SMArT

 

 

IFacebook Widget

Pautan Website

 

Get Adobe Flash player

 

 

  • 0
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
prev
next

Keputusan PMR 2012

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA CALON PMR 2012

GPS : 2.73

PERATUS KELULUSAN : 72.16

9A
ALI RIDHUAN BIN ZAINAL ABIDIN
8A 1B
ARIFAH BINTI ASNAN
MUHAMMAD HAIKAL SAFUAN BIN OTHMAN
SITI NURUL SYAHIERA BINTI KAMARUDDIN
NURUL UMAIRAH BINTI MOHD SALIM
8A
MUHAMMAD ALIF SYAZWAN BIN SULIMAN
7A 1B
AIME NURAIN BINTI YUSOF

Pasukan Silat Sekolah

Tahniah kepada warga SMArT, Pasukan silat telah berjaya memperolehi 4 emas, 3 perak dan 1 gangsa dalam pertandingan silat seni negeri Johor. Tahniah kepada semua guru silat terutama cik Hajah Ruhaya binti Mohamed dan Puan Siti Faezah binti Md Basar.

 

Keputusan Peperiksaan

Keputusan peperiksaan boleh disemak secara online. Kepada ibubapa/penjaga pelajar SMArT boleh melayari laman http://saps.moe.gov.my/ibubapa2/index.php untuk maklumat lanjut.

i - Think

Smk Air Tawar Sekolah Projek i - Think

Program untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murud berfikiran kreatif dan kritis. Program i - Think akan dilaksanakan bermula Januari 2013

Untuk Keterangan lanjut Sila Lawati:

http://ithinksmkat.blogspot.com/2013/01/blog-post_8359.html

PASUKAN CATUR SMART

Tahniah untuk pasukan catur Smart yang telah yang berjaya melayakkan diri ke peringkat negeri.

1.   ARIFAH BINTI ASNAN

2.   ALI RIDHUAN BIN ZAINAL ABIDIN

 

Tahniah kepada Pasukan Sepak Takraw SMArT kerana kejayaan cemerlang dalam Kejohanan Sepak Takraw L15 & 18 MSS Daerah Kota Tinggi.


Johan L15 (Team A)
Naib Johan L15 (Team B)
Ketiga L18 (Team A)


Tahniah dan terima kasih atas komitmen serta kesungguhan anda sepanjang latihan dan pertandingan demi kecemerlangan SMArT.

Perkhemahan PKBM

peringkat Negeri Johor.

Pencapaian membanggakan pelajar SMArT yg terlibat:


1. Johan pertandingan kawad
2. Ketiga pertandingan merentas halangan kadet   perempuan dan lelaki.
3. Ketiga pertandingan pandu arah kadet perempuan
4. Johan menembak jatuh piring perempuan
5. Johan persembahan mlm akrab.


Segala jerih perih mereka berbaloi dgn senarai kejayaan ini.



KEJOHANAN MERENTAS DESA SMArT

 

 

 

Hari: Sabtu

Tarikh: 16 Mac 2013

Tempat: Padang  SMArT

Johan : Hijau

Naib Johan : Merah

Ketiga : Biru

Keempat: Kuning

 

Tahniah di ucapkan kepada  Aiman Syakir kerana telah mewakili kejohanan Golf bawah 12, 15 dan 18 tahun Majlis sukan Sekolah Johor 2013. Sejarah tercipta bermula dengan minat dua bulan yang lalu. Rezeki menyebelahi  Aiman Syakir kerana terpilih mewakili daerah Kota Tinggi.Walaupun tidak mendapat tempat dalam pertandingan tersebut, namun Aiman tidak patah semangat dan mendapat sokongan sepenuhnya daripada kedua ibubapa, Aiman terus berlatih agar dapat mencipta nama dalam sukan Golf suatu hari nanti...Insyaallah...

KLIK SINI UNTUK MELIHAT GAMBAR

Guru Inovasi

Tahniah kepada Pn. Minah Binti Selamat, Pn Masni Binti Othman, Pn Ruziana Binti Zainal, kerana mewakili negeri Johor ke peringkat kebangsaan dalam Pertandingan Inovasi sempena Hari Guru 2013, Moga team SMArT akan berjaya.

Portal Rasmi SMK Air Tawar, Kota Tinggi
Acara Sukan Tahunan Sekolah
Sunday, 21 July 2013 17:07

Pada 2 dan 4 Julai  2013 bersamaan hari Selasa dan Khamis, temasya sukan tahunan telah berlangsung dengan jayanya di Padang Smk Air Tawar. Temasya telah menyaksikan rumah  Merah telah mengungguli gelaran johan keseluruhan dengan pungutan mata sebanyak 754. Rumah Hijau berada pada kedudukan naib johan dengan pungutan mata sebanyak 632, diikuti Rumah Kuning dengan 609 mata dan rumah Biru dengan pungutan mata 470. Selain itu, temasya sukan kali ini turut menyaksikan adik Sahlan bin Sahaman dan Siti Fatimah binti Rosli dinobatkan sebagai olahragawan dan olahragawati bagi tahun 2013.

Disamping itu, satu rekod baru bagi acara larian 100M dan lompat tinggi.Bagi acara 100M telah dicatatkan dengan bacaan masa terpantas oleh Siti Fatimah binti Rosli dan  acara lompat tinggi  telah dicatatkan dengan bacaan 1.64M. Beliau turut muncul sebagai olahragawan bagi kategori Lelaki 18. Manakala bagi kategori Lelaki 15  Mohd. Arif bin Othman sekali lagi muncul sebagai olahragawan.

Seterusnya bagi anugerah olahragawati kategori Perempuan 18 telah dirangkul oleh Nurul Effa Farahliyana binti Abd. Halim, kategori Perempuan 15 olahragawati dimenangi oleh Siti Fatimah binti Rosli. Kesemua atlit terbaik bagi setiap kategori menerima pingat masing-masing. Di samping itu, atlit-atlit lain yang berjaya merangkul gelaran johan, naib johan dan tempat ketiga bagi setiap acara pada hari tersebut turut menerima pingat masing-masing.

Aturcara program temasya sukan tahunan kali ke-29 telah dimulakan pada jam 8.00 pagi  hari Selasa dan terpaksa disambung pada sebelah pagi hari Rabu disebabkan cuaca yang hujan pada petang Selasa.Acara kemuncak telah berlansung pada pagi Khamis secara berlarutan dan berakhir dengan acara tarik tali antara Rumah Kuning dan Rumah Merah. Bagi acara ini Kuning mengekalkan kejuaraaan.Akhir sekali acara penyampaian hadiah dilaksankan di dewan SMArT. Majlis penangguhan temasya sukan tahunan kali ke-29 diadakan pada jam 1.00 petang dan semua petugas serta pelajar dibenarkan bersurai selepas majlis tamat.

 

 
Hari berdialog bersama Ibubapa
Monday, 22 July 2013 21:24

9 Julai 2013 -Hari berdialog bersama ibubapa telah diadakan dengan jayanya. Guru-guru tingkatan setiap kelas telah berjumpa dengan para ibu bapa dan penjaga secara individu dan berbincang tentang pencapaian anak-anak mereka dari segi akademik dan disiplin. Slip keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013 para pelajar juga telah diedarkan.

Hari berdialog bersama ibubapa ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan para guru dengan ibu bapa pelajar-pelajar SMArT, di samping memberi peluang kepada semua ibu bapa dan penjaga untuk mengetahui secara mendalam tentang prestasi anak-anak mereka di sekolah. Pihak sekolah ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri, dan seterusnya menjayakan Hari berdialog pada hari ini.

 
Majlis Bacaan Yasin Dan Tahlil
Sunday, 21 July 2013 17:26

Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil peringkat Sekolah telah dijalankan dengan jayanya pada 4 Julai 2013 (Khamis) bertempat di Surau perempuan. Majlis turut diserikan dengan kehadiran guru-guru serta anak- anak yatim SMArT.. Pihak penganjur iaitu Panitia Pendidikan Islam SMArT mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.

 
Sukantara Sekolah
Sunday, 07 July 2013 17:58

Tahniah dan syabas kepada para pemenang sukantara sekolah SMArT yang telah berlangsung pada 18 dan 25 Jun 2013 yang lalu. Syabas kepada semua para ahli rumah sukan yang telah menyumbangkan mata bagi rumah sukan masing-masing.....Semangat yang kental yang telah ditunjukkan oleh semua ahli memang tidak pernah luntur sehinggalah ke saat-saat terakhir pertandingan...

 

Klik SINI untuk melihat gambar

 
Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Kurikulum 2012
Sunday, 07 July 2013 16:35

 

KOTA TINGGI 23 Jun - Anak Felda yang gagal melanjutkan pengajian ke universiti digesa mengikuti kursus kemahiran di kolej dan pusat latihan, sekali gus mampu menjadi tenaga kerja mahir dan separuh mahir dalam pelbagai sektor di negara ini.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, banyak sektor pekerjaan terutamanya yang melibatkan bidang kemahiran seperti Projek Petrokimia Bersepadu (Rapid) di Pengerang memerlukan tenaga kerja berkemahiran untuk beroperasi.

"Kita tidak mahu anak-anak Felda selepas habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan tidak dapat ke universiti ia berakhir di situ, sebaliknya mahu mereka mendalami bidang kemahiran tertentu.

"Dengan kemahiran yang ada, mereka mampu untuk mengisi peluang pekerjaan terutama yang memerlukan tenaga kerja mahir dan separuh mahir di negara ini," katanya dalam Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Kurikulum 2012 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Tawar, Felda Air Tawar 2, di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain yang juga Pengerusi PIBG sekolah dan Pengetua sekolah berkenaan, Zakaria Abd. Jalil.

Mohd. Isa berkata, kerajaan sejak dahulu hingga kini sentiasa memberi keutamaan dalam bidang pendidikan selain menitikberatkan pembangunan modal insan dalam kalangan pelajar.

Beliau berkata, Felda turut komited membantu kerajaan dalam soal pendidikan termasuk menyediakan skim tuisyen percuma kepada anak peneroka yang bakal menduduki peperiksaan.

Pada majlis tersebut beliau turut menyampaikan sijil dan hadiah kepada 62 pelajar Smk Air Tawar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM pada tahun lalu.

Klik SINI untuk melihat gambar




 
« StartPrev1234NextEnd »

Page 1 of 4

Jom Daftar



Demi Masa

MY - Time

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Calendar 2013

April 2014
MTWTFSS
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930 

Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini76
mod_vvisit_counterSemalam413
mod_vvisit_counterMinggu Ini943
mod_vvisit_counterMinggu Lepas494
mod_vvisit_counterBulan Ini2109
mod_vvisit_counterBulan Lepas4099
mod_vvisit_counterJumlah166594

We have: 1 guests online
IP anda: 50.19.144.243
 , 
Hari ini : 17 Apr 2014
Visitors Counter


Latest News

Akhbar Online

 

Jom Masuk IPTA

 

 

Popular


Powered by Joomla!. Designed by: joomla themes free domain name search Valid XHTML and CSS.